Powered by Blogger.
RSS

"Nasib"

"Nasib", "nasib, "nasib". Sering kali kita dengar orang mengeluh tentang nasib diri. Siapa kita untuk mempersoalkannya? Semua itu sudah suratan yang telah tertulis d luh mahfuz. Walau bagaimanapun nasib itu mungkin boleh di ubah dengan cara berusaha dan berdoa.

Bila kita cerita tentang nasib, tak semua orang mempunyai nasib yang baik dan tak semua orang mempunya nasib yang kurang baik. Apa-apa pun kita tanya diri kita sendiri kenapa kita harus mempersoalkan nasib kita.

Di dalam kita mempersoalkan tentang nasib diri, kadang-kadang kita terlupa bahawa kita semua hanyalah hamba Allah s.w.t yang kerdil dan tak sepatutnya kita berbuat demikian. Astaghfirullah...

Bagi mereka yang mempunyai nasib yang baik, seharusnya mereka bersyukur dan berterima kasih atas rezeki yang mereka peroleh dan bukannya tidak berpuas hati dengan apa yg mereka dapat.

Sebaliknya bagi orang yang kurang bernasib baik, tanya pada diri sendiri kenapa pula bernasib sedemikian. Kadang-kadang apa yang berlaku mungkin kesilapan diri sendiri dan seharusnya juga kita mengubah sikap kita.

Apabila kita mempersoalkan tentang sikap, mungkin berat dan susah bagi kita untuk mengubahnya tapi tidak mustahil jika kita berusaha dan berdoa. In Sha Allah, perkara itu boleh di ubah.

Pokok pangkalnya, daripada diri kita sendiri untuk mengubahnya atau membiarkan perkara itu terus berlalu. Bertanya pada diri, membentuk diri sendiri dan berharap pada yang Satu, In Sha Allah apa-apa boleh berlaku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment